top of page

KEMPEN TANDAS BERSIH PERINGKAT KEMENTERIAN / JABATAN / AGENSI DI PUTRAJAYA 2019

  • Writer: Zon Tulip
    Zon Tulip
  • Apr 8, 2019
  • 1 min read

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Bahagian Perunding Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan menganjurkan program Kempen Tandas Bersih Peringkat Kementerian / Jabatan / Agensi di Putarajaya pada bulan Mac hingga April 2019. Program ini melibatkan semua tandas Kementerian / Jabatan / Agensi yang berada di kawasan Putrajaya untuk dinilai tahap kebersihan dan seterusnya menjadi model kepada transformasi tandas awam yang bersih, selamat dan selesa di tempat kerja.


KPKT akan melaksanakan Pengauditan dan Star Rating Tandas di semua Kementerian / Jabatan / Agensi di Putrajaya mulai 01 – 12 April 2019. Objektif pengauditan ini adalah untuk menentukan tahap kebersihan tandas di semua Kementerian / Jabatan / Agensi dan seterusnya meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas.


Oleh itu, KPWKM tidak terkecuali dalam pengauditan ini. Warga Zon Tulip juga menyambut baik saranan Kementerian dalam pelaksanaan Pengauditan dan Star Rating Tandas ini dan akan menggerakkan aktiviti pembersihan dan pengindahan tandas bagi memastikan tanda Zon Tulip mendapat markah penilaian yang cemerlang sewaktu pengauditan kelak.



 
 
 

Comments


© ZON TULIP KPWKM 2019. Proudly created with Wix.com

  • Facebook
bottom of page